Kenali Grójec Apples! | European Apples From Poland

Berita

| Best Apples

Kenali Grójec Apples!

Tahukah anda selama lebih 10 tahun, Epal Grójec telah dimasukkan ke dalam EU dan didaftar sebagai Petunjuk Geografi Terlindung (PGI). Kawasan yang mana ianya dihasilkan biasanya dipanggil sebagai “dusun terbesar di Eropah”, dan buahnya merupakan “khazanah negara” Poland. Kekuatan dan kelebihan Epal Grójec PGI dibuktikan dengan lebih daripada 500 tahun pengalaman dan tradisi.

Kenali Grójec Apples!

Dusun pertama di rantau ini telah dibangunkan semasa pemerintahan Ratu Bona. Pada abad ke-16, beliau memperuntukkan tanah yang dimilikinya untuk penanaman diraja bagi pokok buah-buahan, terutamanya pokok epal. Pada hari ini, buah-buahan dari kawasan Grójec menyediakan hampir separuh daripada semua pengeluaran epal di Poland! Selain itu, rasa luar biasa ‘Epal Grójec PGI’, sifat keasidannya dan warna merah kemerahan yang sangat ketara, hasil daripada kandungan pigmen yang lebih tinggi di bawah kulit merupakan kesan daripada suasana alam semula jadi yang menggalakkan, iklim mikro tertentu dan kepakaran penanam buah tempatanz.

Kenali Grójec Apples!

Jenama Epal Grójec PGI hanya terdiri daripada epal kelas premium (ekstra dan Kelas Pertama), memenuhi keperluan spesifik mengenai pewarnaan, saiz dan kepejalan isi. Di samping itu, semua dusun yang mengeluarkan Epal Grójec wajib mengikut prinsip Pengeluaran Epal Bersepadu atau standard keselamatan makanan – GLOBAL GAP. Keluarga Apple Grójec merangkumi 27 varieti dan jenis epal yang baru, yang paling penting adalah: Gala, Red Jonaprince, Golden Delicious dan Ligol.