Marcin Lis Penanam dengan profesion dan semangat | European Apples From Poland

Dusun buah kami

| Best Apples

Marcin Lis

Menjadi salah seorang penanam buah-buahan adalah atas sebab profesion dan minat. Beliau mewakili generasi penanam buah yang ke-4 dalam keluarga. Martin meneruskan tradisi turun-temurun ladangnya ini yang telah lebih daripada 100 tahun di daerah Grójec, yang dikenali sebagai dusun terbesar di Eropah.

Marcin Lis

Kawasan yang dimilikinya terbentang luas lebih daripada 20 hektar, di mana dia mengekalkan dusun moden yang dilengkapi dengan sistem pengairan, fros dan perlindungan hujan batu sepenuhnya. Setiap tahun ladang Marcin membekalkan 1000 tan buah-buahan berkualiti tinggi, yang dinikmati bukan sahaja oleh penduduk Poland dan Eropah tetapi juga oleh para pencinta epal di seluruh dunia.

Inilah yang dikatakan oleh Marcin: Saya suka apa yang saya lakukan. Pemandangan dusun adalah pemandangan yang paling indah yang dapat saya bayangkan. Pada setiap pagi, saya menunggang moped dan pergi melawat dusun saya. Saya tetap lawat walaupun saya tidak perlu menjaga apa-apa – hanya untuk menikmati pemandangan pokok epal dan epal yang tumbuh selaras dengan kejadian alam semula jadi.

Marcin mempunyai dua orang anak yang membantunya di dusun, sedang belajar berkebun dan akan menjadi generasi ke-5 untuk mengusahakan ladang keluarga ini pada masa hadapan.

Dalam blog kami, Marcin akan memberi anda gambaran tentang kehidupan sebuah dusun. Anda akan dapat mengikuti perubahan dalam alam semula jadi sepanjang tahun, memerhatikan kerja bermusim, dan mengikuti pembentukan epal dari tunas bunga pertama sehingga penuaian buah yang masak dan berair.

Selamat membaca!