| Best Apples
Masa pertumbuhan
Masa berlalu adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Ini dapat dilihat berdasarkan pertumbuhan buah pada pokok. Mengikut pengiraan awal, penuaian di dusun kami akan bermula pada awal September. Oleh itu, kami gembira kerana ia sudah pun tiba, tetapi ia juga menandakan bahawa berakhirnya musim panas.
Malangnya, percutian akan berakhir dan pada tahun ini, cuacanya sangat baik setakat ini. Ia panas, tetapi tidak terlalu tinggi, dengan turunnya hujan sekali-sekala untuk mengairi ladang kami. Berhubung dengan pengairan, kami terpaksa membantu beberapa pokok pada tahun ini agar buahnya tumbuh menjadi lazat dan memuaskan hati walaupun untuk pemakan epal yang paling cerewet. Pengairan di ladang kami telah dirancang dengan ketepatan yang tinggi. Ini bermakna bahawa untuk membuat keputusan mengenai masa bagi menghidupkan sistem pengairan dan berapa lama untuk mengairi ladang adalah berdasarkan bacaan daripada alat pengukur elektronik – sensor kelembapan tanah. Ini dapat memastikan tahap kelembapan tanah yang optimum dan tidak menggunakan air secara berlebihan, tetapi hanya pada kuantiti diperlukan.
Kehidupan di luar bandar bukan sahaja kerja keras, tetapi juga pemandangan matahari terbenam yang indah dengan latar belakang dusun atau pelangi, yang pada akhirnya, kami masih belum temui lubuk emas. Ia mungkin dapat memaniskan kepayahan kerja harian kami, tetapi dengan pemandangan matahari terbenam itupun sudah cukup.