| Best Apples
Percutian … cuti apa?!
“Percutian … cuti apa?! Kami telah putuskan untuk keluar berjalan bersama keluarga selama seminggu di luar negara kami yang indah, tetapi kami tetap fikirkan tentang rumah. Keprihatinan kami terhadap kebajikan ladang lebih besar – jika kami berada lebih jauh, kami menjadi lebih bimbang.
Saya dapat maklumat daripada internet bahawa ribut kuat melanda di seluruh Poland, membawa bencana melalui ribut angin dan ribut hujan batu. Walaupun kebanyakan dusun-dusun kami diliputi dengan jaring hujan batu, kekuatan fenomena itu sangat menakutkan sehingga saya mula tertanya-tanya jika struktur perlindungan hujan batu ini boleh runtuh seperti domino. Sudah beberapa kali saya telah melihat dusun-dusun dimusnahkan oleh keadaan cuaca yang ekstrem.
Nasib baik, kita hidup dalam abad ke-21, yang memberikan kita banyak peluang teknologi. Semasa bercuti selama seminggu, saya dapat melihat dari jauh situasi yang berkait dengan keadaan di dusun (akses ke stesen cuaca), dan saya boleh uruskan penyiraman ladang dari jarak jauh. Saya boleh menyemak kandungan lembapan tanah dan boleh membuat keputusan tentang pengairan berdasarkan kandungan tersebut. Saya tidak melakukannya secara membabi buta. Ini merupakan keputusan yang dipertimbangkan dengan teliti kerana kami jimat dalam penggunaan elektrik dan meminimumkan pengambilan air, yang telah menjadi semakin berkurangan. Sebahagian daripada air yang digunakan untuk menyiram ladang diambil dari kolam tempat saya ‘menadah’ air pada musim sejuk dan awal musim bunga. ”