Epal panggang dengan rhubarb, badam dan oatmeal dengan sedikit rempah | European Apples From Poland

Resepi kami

| Best Apples

Epal panggang dengan rhubarb, badam dan oatmeal dengan sedikit rempah

Epal panggang dengan rhubarb, badam dan oatmeal dengan sedikit rempah

Bahan-bahan untuk 4 hidangan:

  • 4 biji epal
  • 30g oatmeal
  • 200g rhubarb
  • 150g sirap gula
  • 20g jus lemon
  • 1g serbuk kayu manis
  • 4 bunga lawang
  • 10g kismis
  • 20g badam
  • 4 sudu besar madu
  • 80g gula kasar

Basuh epal, hiris 1cm bahagian atas.
Buang bahagian tengah. Tabur gula serbuk di bahagian tengah.

Basuh rhubarb, kopek dan potong menjadi kiub. Tuang sirap gula, jus raspberi dan jus lemon. Masak selama 10 minit. Angkat dan sejukkan. Tuskan lebihan sirap.

Isi epal:
Masukkan oatmeal ke dalam mangkuk. Masukkan badam yang telah dicincang, kismis, rhubarb, kayu manis, dan lawang. Adun kesemuanya dengan sebati. Masukkan madu.

Masukkan isi ke dalam epal. Bakar selama kira-kira 15 minit pada suhu 160°C.

Hidangkan epal ketika masih suam.

Catatan blog mengikut tarikh

Tag

Laman adan tidak mempunyai tag, oleh itu tiada apa-apa untuk dipaparkan di sini buat masa ini.